Ramadhan 25.
Ucapan dan kata maaf Syawal 1435H pertama untuk aku. Awal.
Sangat awal, bagi aku.
Ucapan yang lain dari orang lain.
Ucapan yang aku sangat tak harapkan.
Ucapan yang kalau boleh tak nak aku dengar.
Sakit.
Hari ni bukan petang raya. Bukan malam raya. Apatah lagi pagi raya.
Terlalu awal untuk mulakan tradisi pagi raya.
Tapi memandangkan jalan ni yang aku pilih,
Kenapa perlu persoalkan.
Saat kata maaf dilafazkan, aku diam.
Diam kerana lidah tak lagi mampu merangka kata.
Aku fikir selama ni aku kuat tapi tadi aku sedar, hakikatnya aku tak seperti yang dijangkakan.
Selamat meneruskan tahun mendatang jika kau masih tekad untuk teruskan.
Wednesday, July 23
Monday, May 26
Cabang.
Aku tertanya
Apa sebenarnya yang Tuhan cuba sampaikan
Apa yang Tuhan dah aturkan untuk perjalanan aku di atas sana
Dia buka mata aku untuk lihat dunia
Dia temukan aku dengan manusia sekeliling
Dia rencanakan sesuatu yang langsung tak pernah terlintas
Hati aku, Dia pegang
Hati kita, Dia jaga
Semua yang muncul depan mata sebenarnya untuk apa
Untuk uji hati aku yang rapuh
Atau untuk buka mata dan hati aku untuk lihat jalan yang lebih baik
Jika ia nya untuk menguji, aku harus terus melangkah
Jika ia nya sebagai pembuka jalan yang lebih baik yang aku sendiri tak pasti,
aku harus cuba untuk mulakan bab baru
Aku tak punya jawapan pasti
Jalan yang dulu aku sangat yakin kini berubah
Biarlah keadaan bawa aku kemana hala
Letih.
Aku menulis bukanlah niat untuk mempertikai
Cuma aku tertanya
Dan jawapannya, aku tahu, ada pada Dia.
Saturday, May 17
Should?
Fight without care others' feeling? Should I? Shouldn't I?
Dear time;
Please make a decision for me...
I'm waiting...
Subscribe to:
Posts (Atom)