Wednesday, July 23

6:06pm

Ramadhan 25.

Ucapan dan kata maaf Syawal 1435H pertama untuk aku. Awal.
Sangat awal, bagi aku.
Ucapan yang lain dari orang lain.
Ucapan yang aku sangat tak harapkan.
Ucapan yang kalau boleh tak nak aku dengar.

Sakit.

Hari ni bukan petang raya. Bukan malam raya. Apatah lagi pagi raya.
Terlalu awal untuk mulakan tradisi pagi raya.
Tapi memandangkan jalan ni yang aku pilih,
Kenapa perlu persoalkan.

Saat kata maaf dilafazkan, aku diam.
Diam kerana lidah tak lagi mampu merangka kata.
Aku fikir selama ni aku kuat tapi tadi aku sedar, hakikatnya aku tak seperti yang dijangkakan.

Selamat meneruskan tahun mendatang jika kau masih tekad untuk teruskan.


No comments:

Post a Comment