Friday, February 14

EmpatbelasFebruari.

Dia datang tanpa diduga. 
Dia muncul tak disangka. 
Tindakannya tak dapat dihidu.
Dia bijak sembunyikan rancangan minda.
Tapi bukan jenis berbelit lidah.
Bukan jenis menunding jari salahkan sesuatu.

Bila hati berdetik ya.
Bila minda terpapar ya.
Maka, ya keluar dari tutur katanya.

Dia tak pernah gagalkan aku.
Gagal membuat aku tak tersenyum.
Gagal buat aku berhenti fikirnya.
Tiap masa.

Kerana dia, aku disini.
Kerana aku, dia begitu.

Mengatur langkah untuk rancangan yang sudah tercipta.
Pinta kekuatan dan keredhaan dari Sang Pencipta.

Manusia? Tak pernah berhenti mengata.

Terima kasih, sayang.

No comments:

Post a Comment