Friday, January 3

Ampuh.

Jalan yang dipinta ialah jalan yang mudah
Mudah dari segala segi
Pinta untuk dipermudahkan segala urusan

Tapi ;
Mana mungkin segala urusan diberikan mudah sekelip mata
Mana mungkin tiap urusan tak diuji
Mana mungkin bahagia esok datang sendiri

Tuhan menguji bukan lah kerana benci
Tuhan menguji kerana Dia tahu upaya hambaNya
Tuhan menguji untuk persediaan masa hadapan

"Once you choose to step in, go through it. There's no turning back."

Moga rasa hati mampu sebati untuk bekalan masa depan.

No comments:

Post a Comment