Friday, December 27

Zahir.

Jangan terlalu puji dan salute kekuatan aku semasa aku harungi ujian hidup sebab aku tak sekuat yang kalian fikirkan.

Jangan terlalu banyak berfikir untuk jadi seperti aku yang zahirnya bisa ukir senyuman walaupun sedang hadapi badai.

Jangan terlalu menyanjung tahap kental hatiku tika aku sendiri tak pasti tahap keutuhan aku.

Jadi lah diri sendiri yang dikawal oleh jiwa dan akal waras mu. Kerana itu yang terbaik.

Zahirku, aku ukir senyuman dan mampu bergelak tawa kerna aku tak mahu dunia kongsi rasa peritku.

Biarlah aku mengadu pada Yang Esa kerna semua yang dilalui ini datang dariNya. Aku tak salahkan takdir kerna aku yakin ada cerita bahagia disebalik semua ini.

Aku yakin jika kalian tahu apa yang aku alami, kalian tak mungkin pinta untuk jadi sepertiku.

Bersyukurlah.


No comments:

Post a Comment